Sudah lama rasanya saya tidak menjengah blog saya ni..Sempena maal hijrah yang mulia ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang maksud penghijrahan dlm hidup saya.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH kepada seluruh kaum muslimim dan muslimat. Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Pejam celik pejam celik rupanya sudah 1435 tahun kita umat islam menyambut tahun Hijrah.
Biasanya setiap tahun pasti ada sambutan maal hijrah yang disambut oleh umat Islam tidak kira di peringkat sekolah mahupun di peringkat antarabangsa. Tema maal hijrah bagi tahun ini (1435H) ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".
Bagi pendapat saya, maksud ringkas hijrah itu ialah perubahan kepada sesuatu yang lebih baik. Setiap tahun baru kita pasti ada azam yang kita ingin lakukan dan pastinya azam itu susah untuk dilakukan jika kita tidak pasakkan azam itu dengan kukuh. Malah kita perlu lakukannya dengan beristiqamah.
Sebenarnya pada tahun ini banyak perkara yang ingin saya hijrah. Tapi al maklumlah kalau nk lakukan perkara baik ni banyak dugaannya. Tidak saya nafikan saya sendiri pn sukar untuk membentuk diri saya ke arah yang lebih baik. Jadi sukarlah jika saya ingin mengajak kawan2 yang lain untuk berhijrah. Oleh itu, saya perlu mulakan penghijrahan dengan diri saya sendiri.
Di sini saya kongsikan tip-tip untuk hijrah diri ke arah yang lebih baik. Semoga kita sentiasa istiqamah dlm setiap perkara yang kita lakukan.
Saya masih ingat lagi sebuah lirik lagu berkenaan maal hijrah. Lagu ni saya nyanyi semasa darjah 3 sempena sambutan maal hijrah semasa sekolah rendah dahulu. masih terpahat lagi lagu ini cume tak tahu sama ada lirik ni betul atau tak. Lagu itu berbunyi seperti berikut...
1 muharram detik permulaan
Permulaan nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kau Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu satu pengorbanan
Hijrah itu satu perjuangan
Hijrah membentuk persaudaraan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tegakkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman (2x)
Kalau sebut pasal hijrah ni rasanya sume orang blh berbicara, tapi
hakikatnya siapa yang betul2 menghayatinya?? Tepuk dada tanya iman..
No comments:
Post a Comment